Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Ihsan Rosli Zainal

Kebaya dicalonkan untuk diangkat ke UNESCO

ByAdlina Rahman

KUCHING, 4 April: Malaysia melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mencalonkan pakaian tradisional kaum Melayu Peranakan (Cina, Baba Nyonya, Chetti, Siam, Kristang) iaitu Kebaya untuk diangkat ke Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah Representative List of the Intangibele Cultural Heritage of Humanity untuk 2023, sebagai langkah menerajui inisiatif ‘Kebaya: Knowledge, Skills, Traditions and Practices”.

Menurut kenyataan MOTAC hari ini, pencalonan ini dikemukakan bersama oleh Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand dalam usaha memastikan Kebaya dilindungi dari segi penyampaian pengetahuan (kursus formal dan bengkel), usaha promosi dan usaha dokumentasi atau penyelidikan.

Untuk itu, kesemua negara telah menghadiri beberapa siri mesyuarat sejak awal tahun 2022, yang mana Malaysia menjadi tuan rumah bagi bengkel yang pertama di Port Dickson, Negeri Sembilan pada November 2022.

“Borang pencalonan Kebaya telah dikemaskini dan diselaraskan sewaktu bengkel tersebut berdasarkan format baharu oleh UNESCO dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan yang merangkumi pegawai kerajaan, pakar dan wakil komuniti Kebaya dari semua negara yang mengambil bahagian,” menurut kenyataan tersebut.

Untuk rekod, borang pencalonan tersebut dimuktamadkan di satu bengkel yang dilaksanakan oleh Singapura pada Mac 2023.

Selain itu, pencalonan ini meletakkaan Kebaya sebagai simbol yang meraikan kekayaan warisan sejarah serta menggalakkan kebersamaan silang budaya yang masih lagi digayakan oleh komuniti di rantau Asia Tenggara.

MOTAC dalam kenyataan juga menyatakan Kebaya menepati definisi elemen warisan kebudayaan yang tidak ketara (WTK) yang mana ia dibuat dengan sulaman serta teknik jahitan yang menggunakan kemahiran tradisional.

Selain itu, menurut kenyataan tersebut Kebaya turut membawa bentuk warisan budaya lain seperti majlis perayaan dan perkahwinan dan masih ada komuniti pemakai Kebaya yang aktif berkongsi dalam menyampaikan ilmu serta nilai sosio-budaya Kebaya secara turun temurun.

“Usaha pencalonan bersama ini, Kebaya boleh dilindungi dari segi penyampaian pengetahuan (kursus formal dan bengkel), usaha promosi dan usaha dokumentasi atau penyelidikan dengan sokongan negara-negara yang mencalonkan elemen Kebaya dan juga komunitinya,” jelas MOTAC lagi.

Keputusan pencalonan tersebut akan diketahui dalam Sesi ke-19 Intergovernmental Committee for the Safeguard of the Intangible Cultural Heritage yang akan dilakukan pada 2024. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan