Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Banjir Limbang: Kerja-kerja Penyusunan Giat Dijalankan

ByYazid Ibrahim

LIMBANG , Mei, 21: Susulan banjir di Daerah Medamit, kerja-kerja penyusunan sedang giat dijalankan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Medamit yang baru sahaja dibuka dan beroperasi.

Usaha tersebut dibantu oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Limbang, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Klinik Kesihatan Medamit, dan Pejabat Daerah Limbang dan Medamit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang semalam melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Beliau turut mendengar taklimat mengenai persediaan dan persiapan yang dibuat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Medamit oleh Pemangku Pegawai Daerah Limbang Hamidah Halpi dan anggota Bomba dan Penyelamat serta pegawai perubatan di sana.

Menurut beliau, kerja-kerja tersebut adalah untuk menyediakan garis panduan dan menitikberat kualiti kebersihan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kepada mereka supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Beliau juga turut meninjau keadaan di Pekan Medamit yang tidak dapat dilalui kerana paras air yang mula naik sehingga ke paras satu kaki.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan