Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hannah bersama pasukan Borneo Eagles yang menjuarai kategori lelaki dalam Kejohanan Ragbi Antarabangsa Borneo Eagles. Foto: TVS

KBS bantu sedia tempat latihan khusus untuk persatuan sukan kebangsaan

ByTVS

SANDAKAN, 19 Mac: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha membantu menyediakan tempat latihan sukan khusus untuk persatuan sukan kebangsaan yang tidak mempunyai kemudahan itu.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, selaku persatuan sukan bertaraf kebangsaan, mereka tidak seharusnya berdepan dengan isu ketiadaan tempat latihan khusus.

Sehubungan itu, beliau berharap dengan bantuan penyediaan kemudahan itu kelak, persatuan sukan terlibat dapat mengurangkan kos berbanding mereka perlu pergi ke merata-rata tempat untuk berlatih.

“Setakat ini, kita hanya buat padanan dahulu dengan fasiliti di peringkat KBS. Tetapi disebabkan fasiliti di bawah agensi kita adalah terhad, oleh itu kita perlu berbincang dengan Kerajaan Negeri dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Ini kerana PBT juga mempunyai banyak fasiliti sukan. Oleh itu, apabila melibatkan pembangunan sukan, kita kena melibatkan Kerajaan Negeri kerana sukan bukan sahaja di bawah Kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan Negeri juga memainkan peranan dan kita mahu semua peringkat PBT juga harus bersama dalam membangunkan sukan kerana sukan adalah gaya hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa Majlis Penutupan Kejohanan Ragbi Antarabangsa Borneo Eagles di Sandakan, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan pembangunan sukan, Hannah berkata, kementeriannya menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sedang bekerjasama rapat dengan Sabah dan Sarawak.

Beliau memberi komitmen setiap bulan untuk melawat sama ada Sabah atau Sarawak bagi melihat sendiri perkembangan dan keperluan bidang sukan di dua negeri itu.

“Ini bermakna dalam satu tahun, enam kali saya pergi ke Sabah dan enam kali saya pergi ke Sarawak untuk melihat sendiri pembangunan sukan. Kalau saya tidak datang, saya tidak akan faham jika hanya sekadar buat polisi dari Putrajaya,” jelasnya.

Kejohanan Ragbi Antarabangsa Borneo Eagles itu menyaksikan pasukan Borneo Eagles dan Eagles NZ 7s masing-masing muncul juara bagi kategori lelaki dan wanita.

Sebanyak 16 pasukan dari dalam dan luar Malaysia telah mengambil bahagian dalam kejohanan anjuran Kelab Ragbi Eagles bermula 17 hingga 19 Mac. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan