Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin menerima cenderamata dari Pengerusi Penganjur BSDG, Michelle Toh Fong Ming pada Majlis Perasmian Pembukaan Sidang Kemuncak BSDG di Coco Cabana, Miri pada hari ini. Foto: TVS

Sarawak mendahului di Malaysia, nilai kesan sosial, alam sekitar sebelum bangun projek

MIRI, 18 Mac: Sarawak mendahului negeri-negeri lain di Malaysia dalam menjalankan Penilaian Kesan Sosial (PKS) dan Penilaian Kesan Alam Sekitar (PKAS) sebelum sebarang projek pembangunan dilaksanakan.

Menurut Senator Junior Chamber International (JCI), Dato Sri Lee Kim Shin, langkah itu menjadikan Sarawak menjalankan penilaian kesan sosial dan alam sekitar sebelum melaksanakan sebarang projek pembangunan.

“Kerajaan Sarawak menggalakkan pembangunan mampan untuk memastikan alam sekitar dan sumber asli negeri tidak terjejas selaras dengan SDG yang digariskan PBB.”

“Malah sejak 2008, Kerajaan Sarawak telah memulakan inisiatif Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) untuk membangunkan industri merentasi lima kawasan utama iaitu Tanjong Manis, Samalaju, Mukah, Baram dan Tunoh serta dua empangan kuasa hidro di Bakun dan Murum,” katanya.

https://youtu.be/9YOUiKsfEGs
Sarawak komited capai pembangunan lestari

Menteri Pengangkutan Sarawak itu berkata demikian Beliau pada Majlis Perasmian Pembukaan Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Lestari Borneo (BSDG) di Coco Cabana, Miri di sini, hari ini.

Justeru itu, Kim Shin akui Sarawak kini komited dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan alam sekitar dan sumber asli negeri tidak terjejas.

Dato Sri Lee Kim Shin semasa melakukan lawatan di pameran pada Majlis Perasmian Pembukaan Sidang Kemuncak BSDG di Coco Cabana, Miri pada hari ini. Foto: TVS

Selain itu, tambah beliau Kerajaan Sarawak juga memandang serius bagi menangani isu perubahan iklim dan telah menubuhkan Pusat Perubahan Iklim Sarawak (SCCC) bagi menguruskan segala perkara berkaitan perubahan iklim dan perdagangan karbon.

Baca berita berkaitan >>>>> Sarawak bakal tubuh Pusat Perubahan Iklim

“Baru-baru ini, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengumumkan penubuhan SCCC dua hari lalu. Kita mengadakan Persidangan Karbon Asia yang pertama di Kuching. Ini menunjukkan betapa seriusnya Kerajaan Sarawak terhadap perubahan iklim.”

“Di pusat ini, kita akan berkhidmat untuk menyelaras, mengurus, menyokong dan membimbing semua perkara berkaitan perubahan iklim dan inisiatif perdagangan karbon di negeri ini,” ujarnya.

Beliau optimis penubuhan pusat tersebut juga akan meletakkan Sarawak sebagai peneraju dalam perubahan iklim dan inisiatif perdagangan karbon di rantau ini bagi menarik pelaburan dan bakat untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan