Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Bernama.

10 lokasi bazar Ramadan beroperasi di Miri mulai Khamis depan

MIRI, 17 Mac: Sebanyak 10 lokasi bazar Ramadan membabitkan 570 gerai akan beroperasi di Miri sepanjang Ramadan ini bermula Khamis depan.

Kenyataan Majlis Bandaraya Miri (MBM) hari ini mendedahkan sebanyak 195 buah gerai akan berada di Medan Saberkas, 158 buah gerai di Stadium Tertutup Miri, 56 buah gerai pula di perkarangan tempat letak kereta Myy Mall Lutong.

Seterusnya sebanyak 40 buah gerai masing-masing di Pujut 7 Commercial Centre dan di perkarangan tempat letak kereta Permy Mall, diikuti 35 buah gerai lagi di Tapak Pakir New World Mart Lutong.

Manakala lokasi lain merangkumi 16 buah gerai di Surau Al-Hidayah Tab Cinaq, 10 buah gerai masing-masing juga di Perkarangan Masjid Darul Ridzuan Kem Sri Miri, di perkarangan Bintang Megamall dan di kawasan tempat letak kereta Emart Riam Miri.

MBM menerusi kenyataan juga menggesa semua pengusaha gerai makanan dan minuman mengamalkan tahap kebersihan yang menepati piawaian semasa proses penyediaan juadah mereka.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan