Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi. Foto: TVS.

Lestari bekalan air, Sarawak bakal tubuh entiti bersepadu SWA

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 15 Mac : Sebuah badan korporat di bawah Lembaga Air Sarawak (SWA) bakal ditubuhkan dalam tempoh dua tahun mendatang bagi melestarikan pengurusan belakan air di negeri ini.

Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata badan korporat itu akan mengukuhkan lagi kecekapan operasi agensi-agensi bekalan air negeri ini menerusi seliaan entiti bekalan air bersepadu.

Inisiatif itu menurut beliau akan menyelaras pengurusan kesemua agensi sedia ada akan tertakluk di bawah naungan badan korporat dan entiti tersebut.

“Pada bulan November 2022, satu mesyuarat Jawatankuasa Pemandu telah diadakan yang dipengerusikan oleh saya sendiri.”

“Mesyuarat telah bersetuju untuk mewujudkan Jawatankuasa Teknikal dan beberapa kumpulan kerja untuk meneliti lebih mendalam terhadap kajian penubuhan badan korporat bagi SWA dan juga satu entiti bekalan air,” katanya.

Julaihi berkata demikian pada Majlis Penutupan Bengkel Penubuhan Satu Entiti Bekalan Air di Sarawak dan Lembaga Air Sarawak (SWA) sebagai badan korporat di Raia Hotel and Convention Centre di sini, pada Rabu.

Menjelas lanjut, Julaihi memberitahu penubuhan entiti bersepadu mahupun badan korporat akan melibatkan justifikasi yang kukuh bagi membolehkan Kementerian Utiliti dan Komunikasi membuat perakuan sebelum dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk pertimbangan.

“Perkara yang paling penting adalah untuk mendapat input daripada semua pihak kerana penubuhan satu entiti atau badan korporat merupakan satu penubuhan yang besar, yang akan melibatkan pihak yang mengendalikan pengurusan dan bekalan air, dan hampir 4,000 orang jurutera, pegawai dan kakitangan,” jelasnya.

Justeru itu, Julaihi berhasrat melaksanakan kajian jenis model pengurusan terbaik yang wajar diadaptasikan di negeri ini.

“Semua aspek diambil terutamanya dari segi perundangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia, model perniagaan serta kewangan dan pembangunan teknologi maklumat,” kata Julaihi lagi.

Terdahulu, bengkel tiga hari itu melibatkan peserta dari pegawai dan agensi berkaitan dengan bekalan air di Sarawak.

Turut hadir dalam Majlis Penutupan Bengkel Penubuhan “Satu Entiti Bekalan Air di Sarawak dan State Water Authority (SWA) adalah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi , Datuk Liwan Lagang, Peguam Besar Negeri Sarawak, Dato Sri Talat Mahmood Abdul Rashid dan Ketua Pegawai Operasi , Sarawak Energy Berhad (SEB) James Ung. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan