Seniman Bujang Lapok merupakan salah satu filem komedi klasik yang masih mendapat sambutan hebat dari dahulu hingga sekarang sememangnya kerana adegan lucu dan lagu-lagu yang menghiburkan jiwa.
Sebut sahaja nama Tan Sri P. Ramlee, hampir seluruh rakyat Malaysia dan Singapura mengenali beliau. Nama seniman ini tidak asing bagi peminat-peminatnya.
Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Penghargaan Bagi Frontliners Melalui Teater Hero Kita 2.0
Diterbitkan pada tahun 1961, filem mencuit hati ini dibintangi oleh P. Ramlee, S. Shamsuddin dan Aziz Sattar. Seniman Bujang Lapok mengisahkan tentang tiga sahabat yang menggelarkan diri mereka sebagai Bujang Lapok.
Barisan pelakon filem Seniman Bujang Lapok tiada tandingannya. Watak yang dibawa oleh pelakon-pelakon ternama ini membuat penonton tak kering gusi. Babak di rumah sewa ketika M. Rafiee terperanjat apabila motosikalnya terbang ke atas bumbung rumah, sudah cukup membuat penonton ketawa terbahak-bahak.
Fakta menarik mengenai filem Seniman Bujang Lapok ialah filem ini merupakan kali pertama Saloma digandingkan berlakon bersama P.Ramlee sebagai heroin. Lain seperti sebelumnya, Saloma hanya bernyanyi untuk filem-filem karya P. Ramlee.
Sertai kisah tiga sahabat ini dalam menempuhi pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian mereka dan rintangan dalam industri perfileman sewaktu era kegemilangan filem di Singapura pada suatu ketika dahulu.
Sama-sama kita menghiburkan hati dengan menyaksikan Seniman Bujang Lapok pada 4 Jun 2021, Jumaat, jam 9 malam, hanya di TVS Saluran 122 Astro dan MyTV.