Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ertugrul

RESURRECTION: ERTUGRUL – GAME OF THRONES VERSI TURKI

Resurrection: Ertugrul ialah drama bersiri bertemakan sejarah dan pengembaraan, mengambil tempat di Timur Tengah pada abad ke-13 yang menceritakan kisah tentang seorang pemimpin Turki bernama Ertugrul.

Beliau seorang yang berani, mempunyai semangat keadilan yang kuat dan bertekad untuk membawa keamanan kepada sukunya. Ertugrul merupakan seorang pejuang nomad yang akhirnya menjadi elemen yang terlibat dalam menubuhkan empayar Ottoman.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>>  Kuih Bungko Makanan Tradisi Penyeri Bulan Ramadhan

Drama bersiri ini juga terdapat di Netflix dan telah menawan hati ramai penonton dengan jalan ceritanya dipenuhi ketegangan dan kisah cinta Ertugrul bersama wanita kesukaanya.

TVS adalah satu-satunya siaran percuma yang menyiarkan drama bersiri ini di Malaysia. Resurrection: Ertugrul juga mempunyai sambutan yang hangat di Pakistan dengan jumlah penonton mencecah 100 juta orang.

Apakah yang menarik perhatian ramai penonton yang memecah rekod sebagai rancangan TV paling banyak ditonton? Apakah penghujung perjuangan ketua suku tersebut? Saksikanlah Resurrection: Ertugrul di TVS Saluran 122, Astro dan MYTV yang akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pada 10.30 malam.

Ikuti TVS di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

Tags: #en, Ertugrul

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByYusuf Shukri-
ByHandy G-