Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ibu Anak Dua Maut Kemalangan

SIBU, MEI 19: Dua anak kecil berusia tujuh dan lima tahun menjadi anak yatim sekelip mata selepas ibu mereka disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan di Jalan Ling Kai Cheng, Sibu, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit yang mengesahkan perkara itu berkata kereta yang dipandu wanita berusia 29 tahun itu datang dari arah pusat bandar menuju ke Teku dan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke tepi jalan dan melanggar pokok.

“Akibat pelanggaran itu mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” ulasnya.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah turut hadir ke lokasi untuk mengeluarkan mangsa sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan