Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis perasmian cawangan baharu COURTS

COURTS tampil wajah baharu, tawar potongan diskaun menarik

ByNazirah Adlina

KUCHING, 7 Mac: Bersempena pembukaan cawangan baharu di sini, kedai perabot terkemuka, COURTS Matang menawarkan potongan diskaun menarik bagi barangan terpilih.

Mula tampil dengan wajah baharu, pada 4 Mac lalu menurut Ketua Pegawai Eksekutif COURTS Malaysia, Harry Higashiura cawangan itu telah beroperasi lebih 21 tahun.

Tegasnya, sejak menyertai pasaran, COURTS, komited untuk menyediakan produk yang berkualiti tinggi bagi memenuhi kepuasan pelanggan pada harga yang berpatutan.

“Dengan kadar pembayaran EZ paling berpatutan sebanyak 0.77 peratus, kami percaya bahawa ramai pembeli boleh memiliki produk aspirasi mereka dengan mudah,” katanya ketika berucap pada hari perasmian cawangan tersebut.

Menurut Harry, menerusi slogan “Bigger Store, Bigger Sale’, COURTS menawarkan pelbagai variasi produk besertakan diskaun dan juga pelbagai tawaran yang menarik kepada pelanggan bersempena pembukaan cawangan baharu itu.

Sementara itu menurut kenyataan COURTS, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan, COURTS telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik, ‘Spin & Win’ tawaran penghantaran percuma, hadiah istimewa, serta persembahan tradisional.

“Lebih menarik, pelanggan bertuah berpeluang untuk memenangi pakej percutian 3 hari 2 malam termasuk tiket penerbangan,” ujarnya.

Kenyataan itu juga mempelawa kepada mereka yang berminat untuk mengunjungi cawangan COURTS baharu, sila kunjungi COURTS Matang di No. 116, Jalan Matang, section 65, Hub Batu 4, KTLD, 93050 Kuching, Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan