KUCHING, 22 Feb: Rabu Abu atau ‘Ash Wednesday’ menandakan hari pertama Prapaskah (Lent) atau permulaan di mana penganut yang beragama Kristian mula berpuasa dalam tempoh 40 hari tidak termasuk hari minggu sebelum menjelang Hari Esther.
Ia disambut oleh penganut Mazhab Kristian termasuk Mazhab-mazhab Anglikan, Katolik Romawi, Lutheran dan Metodis.
Hari ini dikhususkan untuk umat Kristian memulakan penebusan dosa diri melalui banyak amalan ibadah dilakukan mereka termasuk bacaan doa dan berpuasa.
Dalam tempoh ini juga mereka akan meninggalkan perkara yang melalaikan yang membawa kepada dosa dan berpantang makanan kegemaran mereka.
Namun begitu, tidak semua Gereja Kristian mematuhi Rabu Abu (Ash Wednesday) dan berpuasa. -TVS