Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ewon Benedick ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Dana dan latihan khas untuk usahawan Sabah dan Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 9 Feb: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyediakan empat program utama yang bertujuan untuk membantu usahawan di Sabah dan Sarawak meningkatkan perniagaan mereka.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, ini susulan fokus tambahan yang harus diberikan kepada Sabah dan Sarawak tanpa mengurangkan fokus sedia ada pihaknya di seluruh negara.

“Perkara itu sudah dimaklumkan kepada Kerajaan Sarawak melalui Majlis Pembangunan Nasional beberapa hari lepas.

“Antara lainnya adalah kerajaan mahu membangunkan usahawan di Sarawak dan Sabah melalui dana, program dan latihan khas  yang disediakan oleh agensi dan kementerian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Sementara itu, Ewon memberitahu, KUSKOP turut menyediakan ruangan Pavilion Sarawak di Lalaport Bukit Bintang City Centre (BBCC), Kuala Lumpur bagi mengetengahkan pemasaran produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sarawak.

“Saya telah menjemput Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan untuk melawat BBBC di mana agensi kita iaitu UDA Holdings Berhad telah membangunkan satu pusat keusahawanan yang begitu besar supaya produk kecil dan sederhana Sarawak dapat dipamer dan dijual di sana,” katanya.

“Saya berharap Timbalan Premier dapat mengunjungi dan melancarkan pavilion tersebut. Ini merupakan komitmen KUSKOP kepada setiap negeri untuk mempamerkan dan menjual produk mereka,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan