Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa bangunan seperti rumah, fasiliti awam dan hospital mengalami kerosakan akibat gempa berukuran 5.4 magnitud yang berlaku di kota Jayapura, Papua yang juga sebabkan empat orang maut. Foto: BPBD Papua.

Empat maut gempa bumi di Indonesia

ByTVS

JAKARTA, 9 Feb: Gempa bumi berukuran 5.4 magnitud menggegarkan Kota Jayapura, Papua petang tadi.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gempa bumi itu berlaku pada pukul 3.28 petang waktu tempatan.

Pusat gempa dikesan pada kedalaman 10 kilometer (km) yang dirasai selama kira – kira lima saat.

Setakat ini empat orang disahkan maut.

Ketua Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Jayapura, Asep Khalid berkata, empat mangsa ditemukan tertimbus di bawah runtuhan sebuah kafe akibat gegaran yang berlaku.

“Bangunan kafe itu runtuh ke laut dan keempat -empat mangsa itu tenggelam,” katanya menerusi kenyataan media.

Asep berkata, proses mengeluarkan mayat dilakukan oleh sepasukan pakar.

Beberapa bangunan seperti rumah, fasiliti awam dan hospital dilaporkan turut mengalami kerosakan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan