Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengasas Produk Sluvi, Sulie Abell menerangkan khasiat dan kandungan produknya. Foto TVS.

Penghidap Ekzema lahir produk kosmetik organik sendiri

KUCHING, 2 Feb: Pengalaman menghidap penyakit kulit, Ekzema menjadi ilham kepada seorang usahawan tempatan di sini melahirkan produk kosmetik daripada bahan organik.

Menurut Sulie Abell yang pernah berasa kurang yakin terhadap keselamatan produk kosmetik yang dijual di pasaran juga menjadikan anak jati Kampung Melugu, Sri Aman itu membuat kajian daripada bahan organik untuk dijadikan sebagai produk penjagaan kulit di rumah.

Produk Sluvi yang dihasilkan daripada bahan semula jadi. Foto TVS.

“Pada tahun 2017 ketika saya menghidapi penyakit Ekzema saya telah mencuba banyak produk termasuklah produk dari luar negara yang dijual di farmasi berdasarkan mendengar cadangan beberapa kenalan namun tidak sembuh”.

“Pada masa itu, saya seperti menjalankan eksperimen kerana saya membuat kajian sendiri melalui aplikasi google dan youtube,” katanya ketika ditemui TVS hari ini.

Ekoran itu, katanya menjadi pendorong wanita berusia 38 tahun itu memulakan perniagaan kosmetik pada tahun 2018 selepas menghadiri kursus dan latihan perniagaan.

“Bahan-bahan yang digunakan merupakan bahan semula jadi seperti seperti halia, beras huma, aloe vera, madu kelulut, minyak kelapa dan sebagainya.”

“Saya memulakan Sluvi Social Enterprise juga untuk membantu meningkatkan pendapatan penduduk di kampung saya. Perkataan Sluvi adalah akronim iaitu huruf, s, l, dan u mewakili huruf depan nama saya lalu huruf v dan I mewakili perkataan visi dan inisiatif,” jelasnya.

Sementara bercakap mengenai perjalanan perniagaannya kini, Sulie menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian dan kejayaan yang dikecapinya hingga hari ini dibuahkan hasil daripada titik peluhnya sendiri.

Lebih menggembirakan usahawan muda ini, produknya turut mendapat permintaan daripada dalam mahupun luar negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan Singapura.

“Produk ini dijual dengan dengan harga yang mampu milik serta berjaya menembusi pasaran luar negara dengan bantuan penggunaan media sosial pada masa kini,” ujarnya. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found