Polis Riau merampas syabu bernilai lebh RM5 juta dari Malaysia. Foto: Polda Riau

Polis Riau rampas Syabu bernilai lebih RM 5 juta, masuk melalui sempadan Malaysia

JAKARTA, 02 Feb: Polis Riau berjaya menumpaskan sindiket narkotik antarabangsa dari Malaysia dengan merampas 276 kilogram syabu bernilai lebih RM5 juta dengan penahanan sebuah van membawa muatan buah kelapa.

Helah lima suspek yang cuba memperdaya anggota polis dengan meletakkan bahan terlarang itu di bawah timbunan kelapa berjaya dipatahkan hasil risikan terhadap aktiviti penyeludupan setelah memasuki perairan Riau, Sumatera Selatan dari Malaysia menggunakan bot.

Menurut Ketua Polis Wilayah Riau, Inspektor Jeneral Mohammad Iqbal, pendedahan sindiket antarabangsa ini akan dilanjutkan selepas hasil siasatan awal mendapati dadah jenis syabu itu dibawa dari Malaysia dan pihaknya akan memburu suspek utama.

“Kita akan buat tinjauan dan akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menangkap suspek utama serta membanteras sindiket dadah antarabangsa itu hingga ke akar umbinya,” katanya.

Kesemua suspek akan didakwa hukuman mati kerana membawa dadah bernilai lebih RM 5 juta dan ini merupakan penemuan terbesar pada awal 2023.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan