Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MCMC tidak mempunyai sebarang tribunal yang dinamakan dan beroperasi sebagai Tribunal MCMC, dan tiada juga kakitangan daripada Tribunal MCMC seperti yang didakwa.

Awas panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai tribunal MCMC

ByDayu Adruce

CYBERJAYA, 2 Feb: Orang ramai diminta untuk berwaspada dengan panggilan individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai Tribunal Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC.)

MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang tribunal yang dinamakan serta beroperasi sebagai Tribunal MCMC, dan juga tidak mempunyai kakitangan seperti yang didakwa.

Kenytaan juga menegaskan sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai urusan berkaitan dengan MCMC lazimnya dilaksanakan mengikut saluran rasmi seperti laman sesawang MCMC ataupun menerusi platform media sosial MCMC.

“Bukan melalui nama individu, nombor telefon bimbit persendirian mahupun penggunaan bahasa yang meragukan,” menurut kenyataan.

Sehubungan itu, MCMC menggesa orang awam untuk tidak terpedaya dengan panggilan sedemikian oleh pihak yang tidak dikenali.

MCMC turut mengingatkan orang ramai sekiranya menerima panggilan yang mencurigakan diminta segera melaporkan perkara tersebut kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 ataupun kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk perhatian dan tindakan susulan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan