Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Juanda Jaya (dua kanan) menyampaikan geran MRP kepada Nazzim Bahani yang mewakili Lembaga Amanah Kebajikan Islam Matu, sambil disaksikan yang lain. Foto: TVS

Sumbangan MRP semarak aktiviti komuniti di Matu menjelang Ramadan

MATU, 29 Jan: Prihatin terhadap pembangunan pertubuhan di sini untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan lebih RM100,000 geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) telah diperuntukkan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya, yang mahu semua organisasi keselamatan dalam kampung dapat bergerak aktif serta memastikan aktiviti yang sihat berjalan dengan lancar di kawasannya.

“Antara penerimanya termasuklah kelab dan persatuan sukan, rumah panjang, sekolah, organisasi belia, Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta rumah ibadat,” katanya kepada TVS baru-baru ini.

Dr Juanda memberitahu peruntukan kepda JKKK amat dikhususkan bagi memastikan kegiatan dalam kampung semakin rancak selain menambah serta mempertingkatkan peralatan keperluan JKKK.

“Saya juga berharap pihak sekolah memanfaatkan peruntukan itu dengan sepenuhnya. Bahkan sewaktu bertemu dengan pihak JKKK, saya meminta mereka untuk mengemukakan permohonan lebih awal, insha-Allah kita akan membantu,”  ujarnya.

Sehubungan itu,Dr Juanda yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Integriti dan Ombudsman menasihatkan agar peruntukan yang disalurkan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Beliau juga berharap penerima MRP berjimat cermat dalam pengurusan dana di samping melakukan perancangan dengan teliti sebelum menganjurkan program agar manfaatnya dapat dinikmati oleh komuniti di kawasan masing-masing.

“Bagi peruntukan kepada pihak masjid dan surau pula, sekarang kita sudah berada pada bulan Rejab, ini adalah persediaan mereka menyambut bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi,”

“Saya berharap mereka merancang lebih awal untuk mengadakan aktiviti sepanjang bulan kebesaran Islam, Rejab, Syaaban seterusnya Ramadan, agar masyarakat kita terus bersatu padu, bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan