Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Sarawak Datuk Azman (tengah duduk) merakam gambar kenangan sempena perasmian Balai Polis Pakan pada Isnin. Foto: Balai Polis Pakan

Balai polis baharu mudahkan urusan penduduk Pakan

PAKAN, 17 Jan: Penduduk di sini kini boleh membuat aduan atau laporan polis tanpa perlu melakukan perjalanan jauh.

Ini berikutan Balai Polis Pakan yang baharu terletak di sebuah bangunan kedai dua tingkat di Lot 226, Blok 19, Pedanum Land District telah mula beroperasi pada 1 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan (DSP) Andam Sulin berkata, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri telah mengadakan lawatan rasmi ke balai tersebut semalam.

“Dalam lawatannya, Mohd. Azman telah bertemu dengan warga kerja Balai Polis Pakan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau untuk melihat kesiapsiagaan balai baharu ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, balai baharu ini menempatkan 11 orang anggota termasuk seorang Sarjan selaku pemangku Ketua Polis Balai Pakan.

Menurutnya,  Mohd. Azman turut mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Balai Polis Pakan dan menekankan kepentingan memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk sekitar.

“Dengan adanya balai polis baru ini, ia akan memudahkan urusan orang ramai.

“Sebelum ini penduduk terpaksa pergi ke Balai Polis Julau yang terletak lebih kurang 60 kilometer (km) dari Pekan Pakan,” katanya.

Beliau memberitahu, orang ramai yang memerlukan bantuan atau maklumat, boleh menghubungi balai berkenaan di talian 019-8897627. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan