Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rodiyah beramah mesra dengan kanak-kanak ketika mengunjungi di PPS Lubok Bunting, hari ini. Foto: Facebook Rodiyah Sapiee.

Banjir: Tujuh keluarga di PPS Lubok Bunting, dibenarkan pulang

ByFarah Diyana Samsuddin

SIMUNJAN, 24 Dis: Sebanyak tujuh keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Lubok Bunting dijangka akan pulang ke kediaman masing-masing, petang ini.

Khabar baik itu kata Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee turut bergantung kepada situasi semasa keadaan setempat.

Menurutnya mereka yang berkemungkinan dibenarkan pulang terlibat 28 orang mangsa banjir di kampung berkenaan.

“Alhamdulillah, keadaan banjir di sini dalam keadaan terkawal,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Namun begitu, Rodiyah mengingatkan penduduk kampung itu sentiasa berwaspada dan peka terhadap keadaan cuaca yang dijangka hujan hingga Isnin ini.

“Saya juga mohon penduduk untuk akur akan arahan pihak berkuasa sekiranya diminta untuk berpindah ke PSS demi keselamatan bersama,” ujarnya.

Pada masa sama, Rodiyah menzahirkan penghargaan kepada agensi berwajib seperti Jabatan Kebajikan Sarawak, Bomba, Agensi Pertahanan Malaysia dan RELA yang bertugas memantau keadaan banjir di kawasannya. –  TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan