Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian. Foto: Awang Azmil (TVS)

Kadar kelahiran di Sarawak rendah – Dr Sim

ByAmirah Shawel

KUCHING, 14 Dis: Sarawak mencatatkan kadar kelahiran terendah dalam negara dengan hanya 20,000 bayi yang dilahirkan pada tahun lalu.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, walaupun Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia, jumlah penduduk di Sarawak hanya 2.5 juta berbanding dengan Semenanjung Malaysia dengan populasi seramai 30 juta orang.

“Kita mempunyai kadar kelahiran terendah bagi seluruh negara. Pada pandemik COVID-19 tahun lepas hanya 20,000 kelahiran dicatatkan, sehingga kini hanya 40,000 kelahiran dicatatkan.

“Kita dapat mengenal pasti perkara ini kerana setiap tahun, Kerajaan Sarawak akan memberikan wang kepada anak-anak ini untuk kegunaan di universiti nanti,” katanya pada Majlis Perasmian Persidangan Academy for Silent Mentor (AFSM) Tripartite 2022 di sini, hari ini.

Selain itu, Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, migrasi dari luar bandar ke bandar merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian.

“Sekiranya anda ke rumah-rumah panjang di sana anda akan lihat hanya warga emas sahaja yang masih tinggal di situ. Saya bimbang dalam masa 50 tahun akan datang tiada orang yang akan tinggal di rumah-rumah panjang itu.

“Masyarakat hanya akan berkumpul pada musim perayaan sahaja dan di lain waktu hanya warga emas sahaja yang tinggal,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan