Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. Foto Bernama.

Kerja baik pulih perkhidmatan telekomunikasi di Nanga Ngungun dijangka siap Selasa – Fahmi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Kerja baik pulih perkhidmatan telekomunikasi dan capaian Internet di Nanga Ngungun, Kanowit, Sarawak yang dilaporkan terjejas sejak 7 Dis lepas dijangka siap tengah hari Selasa.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Facebook berkata beliau menerima aduan mengenai masalah itu dan telah menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk mendapatkan maklumat serta tindakan segera.

“Saya difahamkan pada 7 Dis lepas, genset ke menara perkhidmatan di Bukit Melapi rosak dipercayai akibat litar pintas.

“Menara ini di bawah program Universal Service Provision yang diselenggara syarikat Celcom. Pihak Celcom telah ke tapak hari ini dan melaporkan bahawa alat-alat gantian akan tiba dari Kuching pagi esok,” katanya.

Beliau berkata MCMC telah diminta untuk memberikan perkembangan terkini sejurus kerja-kerja baik pulih selesai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan