Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengasas Public Bank Bhd Tan Sri Teh Hong Piow meninggal dunia pada pukul 10.20 pagi hari ini. Foto: Bernama (Twitter)

Pengasas Public Bank meninggal dunia pada usia 92 tahun

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Pengasas Public Bank Bhd Tan Sri Teh Hong Piow meninggal dunia pada pukul 10.20 pagi hari ini. Mendiang berusia 92 tahun.

Dalam satu kenyataan hari ini, Public Bank Bhd berkata Teh mengasaskan bank itu pada 1965 ketika berusia 35 tahun. Beliau dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pengarah urusan bank itu sejak memulakan operasi perniagaan pada 6 Ogos, 1966.

Teh melepaskan jawatan CEO dan dilantik semula sebagai pengerusi bukan eksekutif pada 1 Julai, 2002. Beliau bersara sebagai pengerusi bukan eksekutif pada 31 Dis, 2018, katanya.

“Beliau dianugerahkan gelaran Pengerusi Emeritus dan Penasihat Public Bank pada 1 Jan, 2019 dan kekal sebagai pengarah bukan eksekutif dalam lembaga pengarah bank itu,” tambahnya.

Mendiang mendedikasikan hidupnya untuk membangunkan Public Bank sebagai kumpulan perbankan yang kukuh di Malaysia bagi menyokong industri perbankan dan kewangan, kata kenyataan itu.

“Mendiang telah membina asas yang kuat dan memupuk budaya korporat yang kukuh dengan model perniagaan yang berdaya tahan untuk Public Bank Group meneruskan laluan pertumbuhan yang kukuh dalam mengharungi cabaran sepanjang tahun.

“Setelah melepaskan jawatan CEO pada 2002, Teh dengan pandangan jauhnya yang berwawasan, telah menyediakan pelan penggantian pengurusan yang jelas dan membentuk pasukan pengurusan yang mantap yang terus memacu dan mengurus pertumbuhan Public Bank Group,” katanya.

Sementara itu, LPI Capital Bhd (LPI) dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, Teh yang dilantik sebagai pengerusi syarikat itu pada 27 Sept, 1971, mempunyai kepimpinan dan visi tersendiri yang membolehkan LPI Group diiktiraf sebagai kumpulan insurans terulung di rantau ini.

“Galakan dan bimbingan yang cemerlang daripada beliau telah memacu kejayaan LPI Group.

“Mendiang bersara daripada lembaga pengarah Lonpac yang merupakan anak syarikat milik penuh LPI pada 8 Jan, 2019 dan kekal sebagai Pengerusi LPI,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan