Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) meminta agensi berkaitan melaporkan segala kerosakan infrastruktur awam akibat banjir supaya kerja-kerja membaik pulih dapat dilaksanakan segera oleh kerajaan. Foto: Bernama

Tiada kes COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir sejak 19 November lepas

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Tiada kes COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi tempoh 19 November lepas hingga kini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun, beliau berkata, 14 kes COVID-19 dikesan bagi tempoh 11 hingga 18 November dan kesemua mereka telah tamat menjalani isolasi serta pulang ke rumah masing-masing.

“Kes penyakit berjangkit mula dipantau sejak 11 November apabila beberapa episod banjir berlaku. Secara kumulatif, sebanyak 12 kes acute gastroentritis (AGE), 207 kes jangkitan saluran pernafasan akut (ARI), lapan (8) kes konjuntivitis, 134 kes jangkitan kulit dikesan dalam kalangan mangsa banjir di PPS.

“Tiada kes tifoid, kolera, leptospirosis penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) serta denggi dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir sehingga hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini

Sehingga 9 pagi ini, 29 PPS dibuka di lima negeri yang dilanda banjir membabitkan lima PPS di Kelantan, Terengganu (11), Pahang (11), Perak (1) dan Johor (1).

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, bilangan kes baharu COVID-19 pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-49 tahun ini menurun 24.9 peratus iaitu daripada 14,558 kes kepada 10,937 kes bagi tempoh 4 hingga 10 Disember.

Beliau berkata, daripada jumlah itu kes tempatan berkurangan 24.9 peratus kepada 10,923 kes berbanding 14,543 kes dan kes import turun daripada 15 kes kepada 14 kes, manakala bilangan kes kematian pada ME ke-49 menurun 30.6 peratus daripada 62 kes kepada 43 kes.

KKM juga memaklumkan nilai RT pada minggu berkenaan adalah 0.86 bagi seluruh negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan