Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar penganjur Miri City Christmas Parade ( MCCP). Foto: TVS

Perarakan Hari Krismas kembali di Miri

MIRI, 30 Nov: Perarakan Krismas akan kembali pada 3 Disember ini di bandar raya Miri setelah dua tahun ditunda ekoran pandemik.

Acara berkenaan akan mengiringi sambutan perayaan Krismas yang berlangsung di Taman Reakreasi Kipas Bandaraya Miri jam 5 petang.

Bertemakan ‘Jesus, Joy of Christmas’ yang dipetik daripada ayat Bible Luke 2:10-11, Majlis Bandaraya Miri (MBM) memberi kepercayaan kepada Gereja Roman Katolik untuk mempengerusikan acara ini.

Pengerusi penganjurnya, Vincent Shim, berkata sekitar 40,000 orang dijangka hadir memeriahkan perarakan nanti susulan angka tersebut direkodkan daripada jumlah pengunjung yang hadir ke perarakan tersebut pada tahun 2019 sebelum pandemik.

“Sepanjang tahun, kita sentiasa cuba untuk mengumpulkan jumlah penyertaan pada setiap tahun. Kalau tidak kerana 2 tahun PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), kita percaya jumlah penyertaan akan terus meningkat.

“Kita mempunyai keyakinan yang tinggi, kita akan dapat mencapai lebih 40,000 orang yang akan berjalan dan bersama-sama berdiri di tepi jalan untuk menyambut acara itu dan memeriahkan  bandar raya ini,” katanya pada sidang media di Majlis Bandaraya Miri Lama pada Selasa.

Difahamkan katanya sebanyak 17 gereja yang akan menyertai untuk perarakan ini dan antara program yang dijalankan termasuklah pujian dan persembahan dari pelbagai gereja.

Ujarnya juga, dia berharap untuk cuaca yang baik pada tarikh peristiwa supaya perarakan ini akan dapat berjalan dengan lancar.

“Kami berdoa agar cuaca yang baik akan datang. Kerana sejak beberapa hari ini, MetMalaysia telah mengatakan bahawa kita akan hujan untuk beberapa hari akan datang di pelbagai lokasi. Saya terus menyemak keadaan cuaca tetapi saya tahu, bahawa jika itu untuk Tuhan, ia akan menjadi hari yang baik,” katanya lagi.

Laluan perarakan ini bermula dari Miri City Fan, Jalan Kipas, Jalan Sylvia, Jalan Brooke, Jalan Bendahara, Jalan Nahkoda Gampar, Jalan South Yu Seng, Jalan North Yu Seng, Jalan Datuk Merpati, Jalan Kipas dan kembali ke Miri City Fan.

Antara tetamu khas yang dijemput untuk perarakan ini ialah delegasi luar dari Filipina yang diketuai oleh Romeo K. Salda, Datuk Bandar La Trinidad, dari Benguet, Filipina yang akan melawat Miri bermula 2 sehingga 6 Disember sebagai usaha menggalakkan lebih banyak peluang kerjasama dua hala dalam pelancongan, kebudayaan dan pertanian bagi Bandaraya Miri dan Bandar La Trinidad.

MBM bersama gereja-gereja di Miri telah menganjurkan sambutan perayaan terbuka ini sejak tahun 2008 untuk meraikan Hari Krismas secara meriah dengan tujuan mempromosikannya sebagai salah satu acara penting di Bandaraya Miri dan turut dimasukkan dalam Kalendar Acara Pelancongan Sarawak berdasarkan kepada kepopularitian dan keunikan sambutan tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan