Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar bercakap pada sidang media Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Pertama DUN Ke-19 di sini hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

DUN Sarawak: Bentang enam RUU termasuk pinda RUU anti lompat parti

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 20 Nov: Pindaan kepada anti lompat parti antara enam rang undang-undang (RUU) yang akan dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini.

Speaker Dun Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar memaklumkan, ia merupakan perkara ketiga akan dibentang di bawah RUU Perlembagaan Kerajaan Negeri (Pindaan) (No2) 2022.

“Pindaan itu adalah mengenai anti lompat parti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, dan pada jadual lapan Perlembagaan Persekutuan, ia merupakan satu keperluan bagi kita untuk meminda perlembagaan negeri kita, “ katanya pada sidang media Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Pertama DUN Ke-19 di sini, hari ini.

“ Ia akan dibentang oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali,” jelasnya.

Menurutnya lagi, antara RUU lain yang akan dibentang pada sidang DUN kali ini membabitkan RUU Perbekalan (2023), 2022 dan RUU Lembaga Dana Masa Depan Kekayaan Berdaulat Sarawak 2022 yang akan dibentang oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mohamad Asfia menambah, persidangan yang bermula esok juga akan membentangkan juga menyaksikan RUU Aktiviti Elektronik Kerajaan 2022 dibentang oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi.

Manakala ujarnya, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan akan membentangkan RUU Perbadanan Kemajuan Industri Kayu Sarawak (STIDC) (Pindaan) 2022, dan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom akan membentangkan RUU Kesihatan Awam Veterinar (Pindaan) 2022.

Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 akan diadakan selama lapan hari bermula esok,  21 hingga 30 November ini di Dewan Mesyuarat di Aras 8, Bangunan Dewan Undangan Sarawak.

Dalam pada itu, tiada persidangan akan berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad, 26  dan 27 November 2022. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan