Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Jerip Susil (kiri) dan Datuk Willie Mongin (kanan) ketika ditemui TVS di Bengoh Resettlement Scheme (BRS). Foto: Burhanuddin Kamel

Disiplin parti politik Sarawak jauh lebih baik berbanding parti nasional

KUCHING, 11 Nov: Penyandang kerusi Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin menyifatkan disiplin parti politik tempatan di Sarawak jauh lebih baik daripada parti nasional.

Beliau berkata, perbezaan itu berdasarkan pengamatannya ketika menganggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari 2009 hingga 2020 dengan parti baharu disertainya pada Ogos lepas iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang merupakan salah satu parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Saya nak komen mengenai disiplin parti, saya amat teruja apabila pertama kali saya masuk mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti PBB, saya melihat mereka betul-betul berdisiplin, apabila Presiden parti masuk, mereka senyap dan sangat menghormati, setiap kali mereka bertanyakan soalan, ia dengan tatasusila yang tinggi.

“Ini berbeza dengan zaman semasa saya di PKR yang pada ketika itu kerusi pun terbang, saya tidak mahu memburukkan mana-mana parti kerana kita (rakyat) dah tahu yang mana permata, yang mana suasa, kita dah tahu semuanya,“ katanya.

Beliau yang merupakan calon GPS bagi Parlimen Puncak Borneo pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berkata demikian ketika ditemui TVS semasa menghadiri Program Bersama Rakyat Zon Bengoh Resettlement Scheme (BRS) di sini, malam tadi.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong yang juga merupakan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Dr. Jerip Susil, Pengerusi Jawatankuasa BRS, Johin Krayu dan Ahli Jawatankuasa Kampung Taba Sait BRS, Tomy Nipu.

Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan, dan Komoditi meminta rakyat Sarawak supaya bijak membuat pilihan dalam PRU-15 dengan memberi mandat yang jelas kepada GPS kerana ia merupakan satu-satunya gabungan politik di Sarawak yang benar-benar memahami dan mampu menunaikan keperluan dan kehendak rakyat di negeri ini.

“GPS ini lebih mendengar denyutan nadi rakyat dan mereka sering menyantuni rakyat.

“Gabungan ini bukan sahaja pandai berjanji dan berbicara tetapi mereka melaksanakan dan menunaikannya seperti mana yang kita lihat banyak yang telah ditunaikan termasuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), “ ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai kempen pihaknya dalam memikat pengundi di Parlimen Puncak Borneo, beliau berkata, semuanya berjalan dengan lancar dan dirinya yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen itu dengan majoriti yang lebih besar berbanding PRU-14 susulan penerimaan masyarakat setempat yang amat baik terhadap dirinya dan GPS.

Pada PRU-15 Willie akan mempertahankan kerusi Parlimen itu yang mana beliau dicabar oleh dua calon lain iaitu dari PKR, Diog Dios dan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Iana Akam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan