Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Nancy Shukri ketika ditemui media semasa sesi tinjauan mesra di Bandar Baru Semariang hari ini. Foto: Amirah Shawel (TVS)

GPS tidak terikat dengan parti dari Semenanjung Malaysia- Nancy

ByAmirah Shawel

KUCHING, 8 Nov: Tindakan mengaitkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan parti-parti dari Semenanjung Malaysia merupakan taktik pihak pembangkang untuk mengelirukan masyarakat di Sarawak.

Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Nancy Shukri berkata, GPS kini adalah parti yang bergerak secara solo dan tidak terikat kepada mana-mana parti dari Semenanjung Malaysia.

“Kami membuat keputusan tanpa merujuk kepada mana-mana parti. Orang Sarawak pun tahu kita tidak lagi bersama parti dari sana,” katanya ketika ditemui media semasa sesi tinjauan mesra di Bandar Baru Semariang di sini, hari ini.

Calon GPS bagi kerusi Parlimen Santubong itu  menggesa masyarakat tempatan agar tidak terpedaya dengan kaedah yang digunakan oleh pihak pembangkang untuk memelesetkan pendirian GPS.

“GPS adalah sebuah parti terulung dengan misi utama untuk membantu mempertahankan hak orang Sarawak.

“Segala kerjasama bersama parti-parti lain untuk menubuhkan kerajaan akan ditentukan sekiranya GPS menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini, ” ujarnya.

Terdahulu, hari keempat kempen bersempena PRU-15 menyaksikan Ketua PBB Cawangan  Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi turut bersama menyantuni penduduk di Bandar Baru Samariang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan