Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rubiah Wang hadir pada salah satu program yang dianjurkan di kawasan parlimen yang diwakilinya sebelum ini. Foto: Arkib TVS

Penggal mencabar, terima kasih Kota Samarahan – Rubiah Wang

ByIqmal Firdaus

KUCHING, 10 Okt : Datuk Rubiah Wang yang ‘mengakhiri’ tugasnya sebagai Ahli Parlimen Kota Samarahan hari ini mengakui beliau telah menempuh penggal yang paling mencabar disebabkan ketidakstabilan politik negara.

Rubiah berkata, pada mulanya beliau dan rakan – rakan Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) ‘bergerak’ sebagai pembangkang selain turut menyaksikan berlaku pertukaran Perdana Menteri sebanyak tiga kali.

“Dalam liku – liku yang mencabar itu, kita bersyukur kerana Kerajaan Sarawak memberikan sokongan penuh kepada Ahli Parlimen dari negeri ini untuk meneruskan agenda pembangunan di kawasan masing – masing menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP),”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Susulan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, Rubiah berkata, tugasnya sebagai Ahli Parlimen kawasan itu bagi penggal ini berakhir.

Pada masa sama, Rubiah berkata, kejayaan melaksanakan lebih 100 projek RTP, Projek – Projek Khas Peruntukan Perdana Menteri dan Projek Kecil Luar Bandar serta projek pembangunan yang dibiayai oleh Agensi Pembangunan Bersepadu Bahagian Samarahan (RISDA) sejak 2018 perlu diteruskan walapun sesiapa sahaja mewakili kawasan itu pada masa akan datang.

“Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan sepanjang mentadbir kawasan ini,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Rubiah menang kerusi berkenaan setelah menerima 25, 070 undi sekaligus menewaskan wakil Parti Keadilan Rakyat dan Pas dengan majoriti 16,992 undi. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan