Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Kesenian Dan Pelancongan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto TVS

Daerah Pakan berpotensi jadi destinasi pelancongan di Sarawak

PAKAN, 26 Sept: Daerah Pakan berpotensi menjadi destinasi pelancong dalam negeri ataupun pelancong daripada luar negeri dengan adanya tarikan produk yang diketengahkan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datoʼ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sektor pertanian dan kepelbagaian sumber yang ada di Pakan juga berpotensi besar dibangunkan sebagai produk pelancongan baharu di Sarawak.

“Sebab itulah, harapan kita untuk produk-produk yang bersangkut paut dengan pelancongan yang terdapat dalam kawasan daerah Pakan ini, kita perlu tingkatkan lagi. Hal ini supaya industri pelancongan dapat hidup sepanjang tahun,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Pakan di Pentas Utama Tapak Pesta, Stadium Sukan Pakan, Ahad lepas.

Tambahnya, beliau yakin industri pelancongan adalah satu industri yang dapat banyak menguntungkan masyarakat.

“Apa yang dapat saya lihat, Pesta Pakan adalah satu daripada produk industri pelancongan. Pelancong tidak sekadar hanya datang untuk makan angin sahaja tetapi ada yang memilih merasai sendiri pengalaman di tempat baharu termasuk menyelami budaya dan sosial ekonomi masyarakat setempat,” ujarnya lagi.

Abdul Karim percaya sekiraya pesta ini berterusan sudah pasti penduduk setempat mendapat lebih banyak keuntungan dan kebaikannya hasil daripada jualan mereka.

Pesta yang diadakan sejak tahun 1988 itu berkonsepkan ‘Sarawak Cergas’ menerapkan tiga nilai utama dalam kehidupan masyarakat, iaitu Cergas, Harmoni dan Maju yang juga menjadi tema logo festival berkenaan.

Program diserikan dengan pelbagai acara dan aktiviti penting selaras dengan usaha kerajaan dalam membentuk gaya hidup masyarakat sihat dan cergas di samping memelihara warisan budaya dan memupuk semangat muhibah dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan