Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Bekas pembantu tadbir dipenjara, pecah amanah wang khairat kematian peneroka Felda

ByBernama

KUANTAN, 30 Jun: Seorang bekas pembantu tadbir sebuah pejabat Felda dipenjara tiga bulan dan didenda RM20,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang khairat kematian melebihi RM41,000,  tujuh tahun lepas.

Hakim Sazlina Safie memerintahkan hukuman penjara ke atas Nurul Syafiha Awang Za, 36, berkuat kuasa dari tarikh dia disabitkan.

Ibu kepada tiga anak itu turut berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan pertuduhan, Nurul Syafiha diamanahkan wang tunai RM41,652.42 bagi tujuan pembayaran khairat kematian kepada tujuh waris peneroka Felda Sungai Panching Timur di sini yang meninggal dunia.

Bagaimanapun, dia didakwa telah melakukan pecah amanah apabila secara tidak jujur menggunakan wang berkenaan bagi kegunaan sendiri.

Perbuatan itu dilakukan di Pejabat Felda Sungai Panching Timur di sini antara Februari 2018 hingga 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam mewakili tertuduh Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar memohon hukuman penjara dan denda minimum kerana anak guamnya itu sudah tidak bekerja dan anaknya masih bersekolah.

Pihak pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang Kamariah Seman bagaimanapun menyerahkan perkara berkenaan kepada budi bicara mahkamah.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan