Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wakil Jejak Warisan Sandakan, Majlis Perbandaran Sandakan, STAN dan agensi berkaitan bergambar bersama selepas menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Jejak Pokok Bersejarah Pertama Malaysia. Foto TVS

Jejak Warisan Sandakan catat rekod Malaysia

ByTVS

SANDAKAN, 28 Jun 2025: Sandakan mencatat sejarah baharu apabila Jejak Warisan Sandakan diiktiraf secara rasmi sebagai Jejak Pokok Bersejarah Pertama di Malaysia oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sekali gus menjadi pencapaian bersejarah bagi bandar ini.

Pengiktirafan itu disampaikan dalam satu majlis khas sempena Hari Pengasas Sandakan 2025 dan ulang tahun ke-22 Jejak Warisan Sandakan yang memperingati penubuhan Sandakan moden oleh William B. Pryer pada 21 Jun 1879.

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Walter Kenson, dalam ucapannya menyifatkan pencapaian tersebut sebagai detik yang membanggakan terutamanya kerana ia berjaya direalisasikan dalam tempoh hanya tiga bulan.

“Saya amat teruja menyaksikan sejarah tercipta di hadapan mata. Inisiatif ini bukan sahaja menghargai warisan sejarah Sandakan, malah memupuk kesedaran terhadap alam sekitar,” katanya.

Projek tersebut digerakkan oleh pengasas merangkap Pengerusi Jejak Warisan Sandakan, Lai King Hang dengan kerjasama Presiden Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN), Teo Chee Kim.

Sebanyak 42 batang pokok di sepanjang laluan Jejak Warisan kini dilengkapi dengan kod QR hasil kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah, membolehkan pengunjung mengakses maklumat bersejarah mengenai setiap pokok melalui telefon pintar.

Sandakan kini menjadi satu-satunya bandar yang menggabungkan unsur sejarah dan alam semula jadi dalam bentuk interaktif.

Majlis turut diserikan dengan perarakan khas melibatkan lebih 300 peserta termasuk 130 ahli Pandu Puteri Sandakan.

Walter Kenson turut menyuarakan hasrat untuk menjadikan Hari Pengasas Sandakan sebagai acara tahunan dalam usaha menggiatkan semula ekonomi tempatan menerusi program pembangunan serta kerjasama erat bersama komuniti.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan