Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah selesai melaksanakan proses penggantian tahunan Kiswah Kaabah, meneruskan tradisi penjagaan yang telah menjangkau lebih 100 tahun.

Pihak berkuasa dua Masjid Suci selesai ganti Kiswah Kaabah

ByBernama

MAKKAH, 26 Jun: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah selesai melaksanakan proses penggantian tahunan Kiswah Kaabah, meneruskan tradisi penjagaan yang telah menjangkau lebih 100 tahun, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Proses penggantian itu dilaksanakan pasukan khas terdiri daripada 154 profesional Arab Saudi dari Kompleks Raja Abdulaziz untuk Kiswah Kaabah.

Pasukan berkenaan ditugaskan secara strategik di pelbagai sisi dan bahagian bumbung Kaabah mengikut kepakaran masing-masing.

Kiswah baharu itu mempunyai berat kira-kira 1,415 kilogram (kg) dan setinggi 14 meter. Ia terdiri daripada empat panel berasingan bersama tirai pintu (sitara).

Pembuatan Kiswah menggunakan kira-kira 825kg sutera mentah yang diwarnakan hitam di kompleks berkenaan, 120kg benang perak bersadur emas, 60kg benang perak tulen dan 410kg kapas mentah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan