Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Dr Sanib Saib bergambar bersama tenaga produksi teater dan pelakon. Foto TVS

Pementasan teater medium terbaik sampaikan maklumat berkaitan sejarah

KUCHING, 16 Jun: Pementasan teater dalam menyampaikan maklumat berkaitan sejarah menjadi medium terbaik memastikan penyampaian maklumat menarik minat orang ramai untuk mengikutinya.

Ini terbukti apabila pementasan teater Tari Kembara Datu Marapati Raja Negeri Santubong yang di adaptasi dari naskhah Negeri Santubong: Sejarah Awal Sarawak, hasil karya Sejarawan Sarawak, Datu Dr Sanib Saib mendapat sambutan menggalakkan di kalangan penonton tempatan dan luar negara.

Beliau yang juga Pengurus Besar, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) turut melihat impak pementasan teater sebagai medium positif dalam usaha untuk terus menyampaikan maklumat sejarah khususnya mengenai penubuhan Negeri Santubong.

“Kita telah beberapa kali mempersembahkan teater tari ini, Kembara Datu Marapati dan kami dapati bahawa sambutan sangat menggalakkan sehingga mereka (penonton) tidak tahu teater itu telah habis, mereka masih duduk juga dan ini berlaku di beberapa tempat.

“Nampaknya melalui kaedah pementasan teater ini dapat menarik minat orang ramai dan ini satu kaedah yang baik untuk menerangkan tentang sejarah awal Sarawak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas berakhir program SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2025, siri kedua: Puisi Melayu Tradisional yang berlangsung di Godown Amphiteatre di sini, malam tadi.

Menjelas lanjut, katanya, Negeri Santubong kemudian memindahkan ibu negerinya ke Lidah Tanah, berdekatan Lembah Sungai Sarawak dengan namanya diubah kepada Sera yang merujuk kepada sebahagian dari komponen tanah yang terdapat dalam Bauksit, sumber utama kepada penghasilan aluminium dan menjadi industri perlombongan kedua selepas besi di Negeri Santubong.

“Ketika berada di Lembah Sungai Sarawak, Sera, Raja Putih Pertama Sir James Brooke yang datang melawat kawasan berkenaan kemudiannya menukar nama kawasan itu kepada Serawak iaitu Sarawak yang ada pada hari ini.

“Zaman-zaman dahulu, kita dengar orang tua bertanya, mok pergi ke sine kitak?, kamek mok pergi Serawak, ertinya Kuching,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan