Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir Majlis menghadiri Sambutan Hari Gawai Dayak Peringkat DUN Kabong yang berlangsung meriah di Dewan LAKIN, Nyabor, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

GPS komited laksana pembangunan inklusif

KABONG, 14 Jun: Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa komited dalam melaksanakan agenda pembangunan secara inklusif, adil dan menyeluruh tanpa mengira latar belakang masyarakat yang terlibat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak atas pelaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan melalui peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

“Melalui RTP dan BDDA, pelbagai projek pembangunan telah dan sedang dilaksanakan, khususnya untuk manfaat penduduk rumah panjang di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari Gawai Dayak Peringkat DUN Kabong yang berlangsung meriah di Dewan LAKIN, Nyabor, hari ini.

Majlis kali ini merupakan penganjuran ketiga sambutan Hari Gawai di peringkat DUN Kabong anjuran bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) masyarakat Iban dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Kabong.

Mohd Chee turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa penganjur atas usaha menganjurkan majlis tersebut secara berterusan dan penuh semangat perpaduan.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan khas oleh artis jemputan, Eyqa Saiful, serta pelbagai hidangan tradisional Iban yang disediakan untuk para tetamu.

Lebih 500 penduduk tempatan hadir memeriahkan sambutan, yang turut diserikan dengan acara simbolik tradisi Iban, ‘Ngetas Ranyai’, disempurnakan sendiri oleh Mohd Chee.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan