Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dari kiri: Nor Eizlan, Nur Diana dan Ismail Hanizam ketika ditemui TVS selepas Program Seminar Asas Pembangunan Produk dan Servis (SAPPS) di sini, hari ini. Foto: Izzah Kamilah (TVS)

SAPPS suntik semangat peserta tingkatkan perniagaan

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 12 Jun: Program Seminar Asas Pembangunan Produk dan Servis (SAPPS) anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) disifatkan telah menanam semangat lebih mendalam para peserta untuk mengembangkan perniagaan selepas mereka menyertai seminar itu.

Pengusaha Dapur KD, Nur Diana Willie Abdullah, 44, berkata ia turut mendorong dirinya untuk lebih fokus dalam mengembangkan lagi perniagaannya yang berasaskan kek dan biskut.

“Selepas menyertai seminar ini, saya berasa lebih yakin dan sedar bahawa saya perlu lebih fokus terhadap apa yang saya usahakan. Paling penting, saya kini lebih jelas mengenai aspek pengiraan kos.

“Sebelum ini, memang saya tahu tentang pengiraan, tetapi tidak begitu menitik beratkannya. Hakikatnya, ia sangat penting kerana menentukan kadar keuntungan serta kedudukan sebenar perniagaan kita,” katanya ketika ditemui TVS selepas Program Seminar Asas Pembangunan Produk dan Servis (SAPPS) di sini, hari ini.

Senada dengannya, Pengusaha Kedey Ijam Ismail Hanizam Safri, 42, yang merupakan peserta INSKEN tahun lalu berkata, seminar ini turut memberi kesedaran kepadanya mengenai kepentingan ilmu pemasaran dan pengiraan kos.

“Hari ini kami belajar lima modul dan saya tertarik kepada dua daripada modul tersebut.

“Antara perkara utama yang saya pelajari ialah pemasaran dan pengiraan kos dan kedua-duanya sangat penting dalam perniagaan. Kita mungkin mampu menjual dalam jumlah yang banyak tetapi jika tidak menguruskan kos dengan betul sehingga menanggung kerugian, maka ia tidak memberi makna,” katanya.

Menjadi peserta INSKEN sejak tahun lalu, beliau berkata seminar ini banyak membantu beliau dalam memupuk kesedaran untuk membetulkan perkara yang silap sepanjang menjalakan perniagaan.

Menjalani perniagaan perkhidmatan urutan, Pemilik dan Pengusaha Al-Umar Therapy, Nor Eizlan Shazwan Norazman, 29, berkata beliau tertaik mengenai ilmu penggunaan produk yang didedahkan ketika seminar berlangsung.

“Daripada lima modul yang telah diterangkan oleh jurulatih sebentar tadi, saya paling tertarik kepada topik berkaitan penggunaan dan penjenamaan produk yang merangkumi persoalan penting seperti sasaran pelanggan, produk yang ingin ditawarkan, serta nilai kandungan produk tersebut,” katanya.

Katanya, penerangan yang telah diberikan dan ilmu asas yang diperoleh membuat dirinya akan berusaha sedaya upaya untuk mendalami perkara ini dengan lebih serius demi membangunkan produk sendiri.

Program SAPPS merupakan seminar satu hari untuk memberi pendedahan awal dan kesedaran kepada usahawan tentang kepentingan membangunkan produk/servis dengan betul.

Program ini dianjurkan oleh INSKEN dengan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD CORP), Kementerian Perdagangan, Perindustrian Dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), serta agensi dan NGO keusahawanan tempatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan