Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persidangan dan Pameran Antarabangsa Solar Fotovoltaik dan Tenaga Pintar (SNEC PV Expo) 2025 yang berlangsung di Shanghai

Sarawak kongsi strategi tenaga bersih pada Persidangan Antarabangsa SNEC PV+ 2025

ByNajib Imran

SHANGHAI, 9 Jun: Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan Petros) Dato Ibrahim Baki mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan ucaptama sempena Persidangan dan Pameran Antarabangsa Solar Fotovoltaik dan Tenaga Pintar (SNEC PV Expo) 2025 di Pusat Pameran dan Konvensyen Nasional (NECC), Shanghai esok.

Antara yang dikongsikan merangkumi strategi Sarawak dalam pembangunan tenaga bersih termasuk pelaburan dalam hidrogen hijau, tenaga solar dan tenaga hidro.

Selain itu, turut dikongsikan peranan Sarawak sebagai peneraju tenaga hijau serantau.

Ibrahim kemudian akan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi dan China Three Gorges International Ltd (CGTI) dan Shanghai Electric Power T&D Group Co. Ltd.

MoU ini menetapkan kerangka kerjasama antara Kerajaan Sarawak, CGTI dan Shanghai Electric untuk melaksanakan pelbagai kajian dan penerokaan bersama berkaitan potensi pembangunan loji solar terapung dengan kapasiti tidak melebihi 1,000MW yang dicadangkan dibina di atas takungan Empangan Hidroelektrik Bakun (HEP).

SNEC PV+ merupakan antara acara tenaga bersih terbesar dunia dan berjaya menghimpunkan lebih daripada 3,600 syarikat dari 95 negara pada edisi 2024.

Persidangan akan berlangsung dari 10 hingga 12 Jun manakala pameran dibuka kepada umum dari 11 hingga 13 Jun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan