Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Majlis Ibadah Korban di Kampung Punang dan Lawatan kerja ke Masjid Terapung Kampung Punang Lawas hari ini. Foto TVS

Kawasan paya bakau pesisir Lawas terus dilindungi demi melestarikan alam sekitar – Awang Tengah

LAWAS, 7 Jun: Beberapa kawasan paya bakau di pesisir Lawas akan dipelihara dan dijaga sebagai kawasan terlindung dalam usaha melestarikan pembangunan alam sekitar.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, langkah itu penting dalam menjaga alam sekitar dan pada masa yang sama menjadi sumber tarikan pelancong yang sentiasa teruja dengan kehidupan unik di kawasan paya bakau.

“Kita ada pelancong untuk sumber kekayaan ekonomi baru, pokok bakau yang ada di Lawas boleh menjadi tarikan luar biasa untuk pelancong luar jadi kita akan melindungi sesetengah kawasan paya bakau, ini penting untuk hidupan di laut,” katanya pada Majlis Ibadah Korban di Kampung Punang dan Lawatan Kerja ke Masjid Terapung Kampung Punang hari ini.

Sementara itu katanya, sambutan Aidiladha perlu disambut dengan penuh kesedaran dan keinsafan tentang pengorbanan yang telah dilakukan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.

Kata beliau, pengorbanan rakyat itu sendiri juga perlu dilakukan dengan memastikan masa depan anak-anak mereka sentiasa terjamin selamat di dunia dan akhirat.

“Kita selama ini berkorban untuk memastikan masyarakat kita di kampung-kampung dalam keadaan yang sentiasa dalam pemeliharaan Allah SWT.

“Kita bekerjasama dan bersatu, kita berkorban untuk memastikan kita menikmati kesejahteraan hidup yang pasti berkorban untuk menikmati kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat inilah yang menjadi tugas dan tanggungjawab kita,” katanya.

Awang Tengah berkata, semangat korban itu perlu dihayati dengan penuh kesyukuran dan kesedaran yang mendalam.- TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan