Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasidah Halid yang dilaporkan hilang oleh keluarganya. Foto IPD Padawan

Polis mohon kerjasama kesan kanak-kanak perempuan hilang

KUCHING, 6 Jun: Polis memohon kerjasama orang ramai mengesan seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang oleh keluarganya petang semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata Hasidah Halid, 12, dilaporkan keluar rumah di Kampung Telaga Air sejak petang Ahad lepas.

“Selepas tiga hari gagal menghubungi kanak-kanak itu, keluarganya membuat laporan di Balai Polis Siburan pada petang Rabu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kali terakhir kanak-kanak itu dilihat memakai tudung hitam, baju lengan panjang belang hitam putih, seluar panjang bewarna coklat dan turut membawa beg tangan berwarna coklat.

Sehubungan itu, mereka yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan, Sarjan Muhammad Fardaus Musadad di talian 012-8963186 atau Bilik Gerakan Padawan 082-862233. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan