Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas hadir Sesi Taklimat Pelaksanaan Program/Projek Pembangunan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Sarawak hari ini. Foto Bernama

Isu tanah jejas pelaksanaan projek pembangunan di Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 30 Mei: Isu tanah antara punca utama yang menyumbang kepada kelewatan pelaksanaan projek pembangunan di Sarawak sehingga menyebabkan projek sakit atau tertangguh.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beberapa projek di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) dan RMK12 yang diluluskan sebelum ini gagal digerakkan kerana kekangan teknikal melibatkan status tanah.

“Banyak projek sebenarnya sudah ada peruntukan tetapi tertangguh kerana masalah tanah.

“Isu ini sudah dikenal pasti dan kita ambil tindakan penyelarasan segera,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Taklimat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini, hari ini.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak bersetuju untuk menyelesaikan perkara itu secepat mungkin.

Mengulas mengenai kerosakan 15 rumah di Bukit Kanada, Miri, Zahid berkata, pelaksanaan projek dijangka bermula selepas Hari Gawai dan isu tapak berjaya diselesaikan.

“Kita juga bersetuju untuk menurunkan kuasa pelaksanaan kepada agensi pelaksana negeri bagi memastikan tiada lagi kelewatan akibat proses pentadbiran panjang,” ujarnya.

Sementara itu menurutnya, mesyuarat penyelarasan bersama Kerajaan Sarawak susulan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memastikan semua projek tergendala, sakit atau menghadapi masalah di wilayah ini dapat diselesaikan segera.

Tambahnya, penyelarasan secara mingguan akan dipantau oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar dan menyeluruh.

“Jika terdapat peruntukan kementerian yang masih belum disalurkan, saya minta ia diselesaikan segera kerana rakyat Sarawak wajar diberikan keutamaan sama seperti negeri lain di seluruh negara khususnya di kawasan desa dan luar bandar,” jelasnya.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan