Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA’25) menyaksikan penglibatan menyeluruh dalam segmen aeroangkasa apabila sebanyak 57 buah pesawat akan mengambil bahagian dalam pertunjukan udara sepanjang lima hari penganjuran. Foto Faitullah Morni (TVS)

LIMA’25: 57 pesawat sertai persembahan udara

ByLuqman Muhammad

LANGKAWI, 19 Mei: Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA’25) menyaksikan penglibatan menyeluruh dalam segmen aeroangkasa apabila sebanyak 57 buah pesawat akan mengambil bahagian dalam pertunjukan udara sepanjang lima hari penganjuran.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah penyertaan tersebut merangkumi pesawat tempur, pesawat latihan serta pesawat komersial, sekali gus menggambarkan skala penganjuran yang lebih besar dan berimpak tinggi berbanding edisi terdahulu.

“LIMA’25 turut menampilkan beberapa pasukan aerobatik terkemuka dari luar negara, termasuk Russian Knights dari Rusia dan Jupiter dari Indonesia.

“Selain pertunjukan formasi aerobatik, acara ini juga akan diserikan dengan persembahan solo oleh pelbagai pihak, termasuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Langkawi Flying Academy, dan Aerotree Defence and Services,” katanya dalam satu sidang media khas selepas mengadakan tinjauan akhir persiapan LIMA’25 di dua lokasi penting membabitkan Segmen Aeroangkasa dan Segmen Maritim, hari ini.

Dalam pada itu, Khaled berkata, jumlah aset udara yang dipamerkan secara statik pada LIMA’25 mencatat peningkatan ketara berbanding edisi 2023, iaitu sebanyak 43 aset berbanding 34 sebelum ini.

“Daripada jumlah tersebut, 26 merupakan aset dari dalam negara, manakala 17 lagi dari luar negara, termasuk Brunei, Jerman, Itali, Kanada, Singapura, Rusia dan Amerika Syarikat,” ujarnya.

Sementara itu, segmen maritim menyaksikan sebanyak 32 buah kapal dari dalam dan luar negara akan terlibat dalam pameran statik dan acara ‘fleet review’ sempena LIMA’25.

“Daripada jumlah itu, 19 kapal merupakan aset tempatan, manakala 13 lagi dibawa masuk dari luar negara, termasuk dari Itali, Jepun, Turki, Singapura, Indonesia, India, Rusia, Thailand, Bangladesh dan Amerika Syarikat,” jelasnya.

Secara keseluruhan, sebanyak 39 aset maritim ditampilkan dalam pelbagai bentuk pertunjukan dan paparan, meningkat berbanding 28 aset maritim yang terlibat dalam penganjuran terdahulu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan