Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Imigresen di sini, hari ini. Foto Amirruddin Shah (TVS)

Kerajaan lanjut Program Repatriasi Migran hingga April 2026

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 16 Mei: Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh Program Repatriasi Migran 2.0 bermula 19 Mei ini sehingga 30 April 2026.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata program tersebut akan dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut beliau, lanjutan ini secara langsung meneruskan pemberian pengampunan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk pulang ke negara asal, selepas tempoh sebelumnya berakhir pada 31 Mac lalu.

“PATI akan dikecualikan daripada tindakan pendakwaan dan ditawarkan kompaun mengikut jenis kesalahan, seperti kompaun RM500 bagi kesalahan memasuki dan berada di Malaysia tanpa pas yang sah.

“Sekiranya mereka tampil sekarang, kita akan hantar mereka pulang.

“Seterusnya, kompaun RM500 akan dikenakan jika mereka tinggal melebihi tempoh pas yang diberikan, manakala kompaun RM300 pula dikenakan bagi kesalahan melanggar syarat pas,” katanya dalam satu sidang media selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Imigresen, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, PATI yang telah mendaftar dalam program sebelum ini tetapi gagal meninggalkan negara, mereka yang disenarai hitam, mempunyai waran tangkap, atau dikehendaki oleh pihak berkuasa, tidak layak memohon Program Repatriasi Migran 2.0.

“Bagi kes yang melibatkan pasangan warganegara (suami atau isteri) yang tinggal melebihi tempoh sah, mereka perlu hadir ke Bahagian Visa, Pas dan Permit untuk tujuan penyelarasan dokumen,” katanya.

Saifuddin turut menjelaskan bahawa di bawah program ini, PATI akan dikenakan bayaran pas khas sebanyak RM20. Bagi kanak-kanak warga asing berusia bawah 18 tahun, mereka dikecualikan daripada bayaran kompaun namun tetap perlu membayar yuran pas khas tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan