Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sambutan Hari Wesak merupakan peringatan penting yang mengangkat nilai-nilai universal seperti belas ihsan, kerukunan dan kedamaian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Hari Wesak angkat nilai belas ihsan, kerukunan dan kedamaian – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Sambutan Hari Wesak merupakan peringatan penting yang mengangkat nilai-nilai universal seperti belas ihsan, kerukunan dan kedamaian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam perutusannya sempena Hari Wesak hari ini, Anwar berkata di Malaysia, sambutan itu menyentuh hati nurani masyarakat untuk bersama-sama menyemarakkan nilai karamah insaniah serta mengangkat prinsip saling menghormati dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan.

“Justeru, saya menyeru semua kita untuk menyemangatinya demi negara yang berukun dan berpadu sambil mengekal tradisi dan budaya yang terangkum,” katanya.

Hari Wesak disambut penganut agama Buddha bagi memperingati tiga peristiwa penting dalam kehidupan Siddhartha Gautama Buddha, iaitu kelahiran, penyedaran dan hari dia meninggal dunia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan