Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Parti Liberal Kanada memperoleh satu lagi kerusi selepas kiraan semula kehakiman pada Sabtu. Foto AFP

Parti Liberal Kanada peroleh 170 kerusi parlimen selepas kiraan semula

ByBernama

OTTAWA, 11 Mei: Parti Liberal Kanada memperoleh satu lagi kerusi selepas kiraan semula kehakiman pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan 170 kerusi yang dikuasai di Dewan Rakyat ketika ini, hanya dua kerusi lagi untuk mencapai majoriti, lapor Xinhua.

Elections Canada mengemas kini keputusan undi bagi kawasan pilihan raya Terrebonne di laman sesawangnya selepas kiraan semula pada Sabtu. Calon Liberal menang dengan kelebihan hanya satu undi.

Sebelum ini, penyandang daripada Bloc Quebecois, Nathalie Sinclair-Desgagne, menewaskan calon Liberal, Tatiana Auguste, dengan kelebihan 44 undi. Namun selepas kiraan semula, Auguste memperoleh 23,352 undi manakala Sinclair-Desgagne mendapat 23,351 undi.

Elections Canada memaklumkan keputusan itu disahkan oleh seorang hakim.

Akta Pilihan Raya Kanada menetapkan bahawa kiraan semula kehakiman, yang diselia oleh hakim mahkamah tinggi, perlu dilakukan di mana-mana kawasan pilihan raya yang mencatat perbezaan undi kurang daripada 0.1 peratus daripada jumlah keseluruhan undi.

Menurut Elections Canada, keputusan bagi tiga lagi kawasan pilihan raya kini sedang dikira semula. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan