Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiang menyaksikan penyerahan bantuan daripada Law (tiga kiri) kepada Guru Besar DFC Pauline Rogers. Foto TVS

Bantu kanak-kanak tanpa sijil lahir bersekolah

SIBU, 9 Mei: Destiny for Children (DFC) akan diletakkan di bawah naungan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Awal dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK).

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, langkah tersebut diambil bagi memudahkan penyaluran dana kepada pertubuhan berkenaan yang menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak tanpa kewarganegaraan termasuk anak jati Sarawak yang tidak memiliki sijil kelahiran.

“Saya amat gembira mengumumkan bahawa KPWK di bawah pimpinan Dato Sri Fatimah Abdullah akan mengambil DFC di bawah sayap kementerian supaya bantuan kewangan dapat disalurkan.

“Saya percaya ini satu berita baik yang patut dikongsikan kepada umum,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Persatuan Jualan dan Perkhidmatan Barangan Elektrik dan Elektronik Zon Tengah Sarawak kepada DFC di sini pada Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata, usaha itu mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memastikan akses pendidikan disediakan kepada semua lapisan masyarakat.

Mengenai sumbangan yang disalurkan Persatuan Jualan dan Perkhidmatan Barangan Elektrik dan Elektronik Zon Tengah Sarawa, Tiang menyifatkan sumbangan tersebut sebagai satu manifestasi kasih sayang dan semangat perpaduan masyarakat setempat.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur, Kaunselor Michelle Law berkata, program berkenaan diadakan sempena Charity 5.0 persatuan tersebut.

Menurutnya, pihaknya terpanggil untuk menaja sebahagian daripada Program Kemahiran Hidup DFC selepas melihat usaha murni pertubuhan itu.

“Sumbangan berupa peralatan memasak, membakar dan barangan elektrik bernilai RM3,000 ini bukan sekadar peralatan.

“Ia adalah pelaburan dalam membina keyakinan diri, kemahiran berdikari dan membuka peluang masa depan kanak-kanak ini,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan