Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Christopher Gira Sambang bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Perasmian Program Perkasa Komuniti di Rumah Empera Bunsu

Satu rumah panjang seorang jutawan

SELANGAU, 5 Mei: Setiap rumah panjang perlu melahirkan sekurang-kurangnya seorang jutawan sebagai aspirasi baharu dalam memperkasa ekonomi luar bandar.

Memetik laporan Suara Sarawak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira berkata, selain melahirkan siswazah seperti geasaan mendiang Tan Sri Celestine Ujang, penduduk luar bandar kini perlu menetapkan matlamat lebih tinggi untuk menjadikan kemajuan ekonomi sebagai teras pembangunan.

“Saya cabar setiap rumah panjang di kawasan ini untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang jutawan.

“Kita tidak boleh terus bergantung kepada bantuan semata-mata sebaliknya perlu mencipta kekayaan melalui peluang yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Perkasa Komuniti di Rumah Empera Bunsu, Sungai Wong Atas, Ulu Mukah dekat sini, kelmarin

Program anjuran bersama pelbagai agensi itu bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat luar bandar mengenai peluang dalam bidang pendidikan,pertanian, perkhidmatan veterinar dan pembangunan ekonomi.

Antara pengisian utama termasuk ceramah motivasi pendidikan oleh pensyarah kanan universiti awam, ceramah perkhidmatan veterinar dan taklimat daripada pihak Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Program turut dimeriahkan dengan demonstrasi pemadaman kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangau, demonstrasi cantuman pokok durian Musang King serta Pertandingan Futsal Piala YB Ir. Christopher Gira dan cabutan bertuah.

Gira menjelaskan, Kerajaan Sarawak pada masa ini melaksanakan pelbagai projek pembangunan di Ulu Mukah termasuk jalan raya, bekalan elektrik dan capaian Internet.

Beliau turut memaklumkan perancangan masa depan termasuk pembinaan jalan dari Rumah Seli ke Rumah Merom di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan, serta dari Rumah Merom ke Nanga Woh melalui agensi Agensi Pembangunan Wilayah Tengah Rajang (MiRRDA).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan