Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi pada Sarawak Public Sector Innovation Forum & Malaysia Media Briefing di Kuching, hari ini. Foto Jazni Hanif (TVS)

Sarawak harap dapat manfaat pelaburan AWS RM29.2 Bilion

ByBong Yi Sien

KUCHING, 5 Mei: Amazon Web Services (AWS) diharap dapat memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pelaksanaan transformasi digital di Sarawak, khususnya di kawasan luar bandar.

Harapan itu disuarakan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, susulan pengumuman komitmen pelaburan jangka panjang AWS sebanyak AS$6.2 bilion (RM29.2 bilion) di Malaysia sehingga tahun 2038.

Menurut beliau, transformasi digital merupakan antara tujuh pemangkin utama yang digariskan dalam Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak di bawah Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030, yang menyasarkan Sarawak menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Meskipun Sarawak telah diiktiraf sebagai ekonomi berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia, kita mahu terus mengekalkan momentum ini dan memastikan pendapatan isi rumah rakyat turut meningkat,” katanya ketika berucap pada Sarawak Public Sector Innovation Forum & Malaysia Media Briefing di sini, hari ini.

Julaihi berkata, transformasi digital menyeluruh, terutamanya di kawasan luar bandar, adalah antara kunci kejayaan untuk menaik taraf sosioekonomi rakyat.

Justeru, AWS diharap dapat memainkan peranan penting dalam mempercepatkan usaha ini melalui sokongan teknologi dan pelaburan.

Beliau turut memberi jaminan bahawa Sarawak merupakan negeri yang stabil dari segi politik dan ekonomi, sekali gus menjadikannya destinasi pelaburan yang diyakini.

Sebagai contoh keberhasilan pelaksanaan, Julaihi memetik projek jalan pesisir dan pembinaan jambatan yang sebelum ini diragui, namun kini hampir siap dan memberikan impak besar kepada penduduk luar bandar.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan