Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penubuhan Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia (IMFC) akan diperluas ke Sarawak dan Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Faitullah Morni (TVS) & Envato

IMFC bakal ditubuh di Sarawak, Pulau Pinang

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 5 Mei: Penubuhan Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia (IMFC) akan diperluas ke Sarawak dan Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, penubuhan pusat sehenti pelabur itu adalah bagi menyediakan perkhidmatan kepada pelabur, selain memantau prestasi kelulusan projek di kedua-dua negeri itu.

“Tumpuan khusus diberikan supaya pelaburan yang diluluskan segera direalisasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Khas Parlimen di sini hari ini.

Jelas Anwar, setakat ini pusat sehenti IMFC telah dibuka di ibu negara pada Disember 2023 dan di Forest City bagi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada Februari 2025.

Sementara itu, Perdana Menteri menjelaskan kerajaan memberi perhatian lebih kepada penjanaan aktiviti ekonomi domestik, terutama projek pembangunan dan pelaburan.

Justeru, kerajaan akan menumpu kepada usaha mempercepat pelaksanaan projek yang diluluskan terutamanya projek tebatan banjir, pembaikan sekolah daif dan pembinaan klinik.

“Kerajaan bersetuju untuk meningkatkan had sebut harga daripada RM1 juta kepada RM3 juta dan had cabut undi daripada RM100,000 kepada RM200,000 terutamanya untuk mempercepat kerja selenggara serta pembaikan seperti sekolah daif dan klinik,” katanya.

Anwar menambah, kapasiti agensi teknikal akan ditingkatkan bagi mempercepat proses prapelaksanaan projek.

Kata beliau, langkah ini termasuk melalui pendekatan baharu yang membenarkan pelaksanaan projek Kerajaan Persekutuan di atas tanah milik kerajaan negeri. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan