MIRI, 5 Mei: Sebuah bangunan kedai jenis kekal tiga tingkat di Jalan Chong Choon di sini, terbakar pagi tadi.
Komander Operasi, Robinson Anyi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 11.47 pagi dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri ke lokasi kejadian.
“Kebakaran membabitkan bangunan kedai jenis kekal tiga tingkat,kebakaran berlaku di tingkat dua yang telah terbakar 40 peratus.
“Anggota pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula sumber air pili bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak bomba seterusnya membuat penilaian bagi memastikan keadaan benar selamat sebelum bertolak balik ke balai.
“Tugas seterusnya diserahkan kepada Forensik Kebakaran untuk menjalankan kerja siasatan punca kebakaran di lokasi,” ujarmya. – TVS