Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang bersama-sama peserta Persatuan Sukan Orang Pekak (SOPMA) Baton Run 2025 di Majlis Bandaraya Miri, hari ini. Foto TVS

Angkat martabat komuniti pekak

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 4 Mei: Seramai 200 peserta menyertai SOPMA Baton Run 2025 anjuran Persatuan Sukan Orang Pekak Sarawak (SOPMA) yang dimulakan secara berperingkat bermula dari Miri sebelum diteruskan ke Bintulu, Sibu dan Kuching.

Peserta antarabangsa, Michael Evans berkata, penyertaannya dalam acara tersebut adalah untuk menitikberatkan kepentingan komuniti dan menyokong usaha amal digerakkan SOPMA.

“Ini adalah sebuah badan amal yang sangat baik. Saya suka hakikat bahawa larian ini bukan sahaja berlangsung di Miri hari ini tetapi juga di pelbagai lokasi di seluruh Sarawak. Ia merupakan cara yang baik untuk mengumpul dana bagi tujuan kebajikan,” katanya ketika ditemui TVS di pekarangan Majlis Bandaraya Miri (MBM), hari ini.

Seorang lagi peserta antarabangsa, Luke Blackburn turut berkongsi pandangannya tentang kepentingan acara tersebut dalam meningkatkan kesedaran terhadap komuniti orang pekak.

“Terdapat banyak acara larian di Miri, jadi ia sangat bagus jika anda seorang pelari kerana dapat kekal aktif. Namun khusus bagi golongan pekak, mereka sering terpinggir dalam masyarakat. Maka, acara seperti ini amat baik untuk meningkatkan kesedaran dan mengetengahkan profil komuniti orang pekak di sekitar Sarawak,” ujarnya.

Sementara itu, peserta tempatan, Amelda Jenggu menyertai larian sebagai tanda sokongan terhadap komuniti pekak serta sebagai sebahagian daripada minatnya terhadap aktiviti sihat.

“Saya memang minat larian, ini hobi saya. Kadang-kadang bukan sebab nak kejar hadiah, tapi lebih kepada beri sokongan kepada semua,” jelasnya.

Acara tersebut dirasmikan oleh Ahli Majlis Majlis Bandaraya Miri (MBM), Jeffrey Phang yang mewakili Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin dan turut dihadiri oleh Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan