Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang ketika menghadiri sesi Meet the People di Pasar Taman Tunku hari ini. Foto TVS

Mohon permit sebelum anjur acara

ByVanessa Enjop

MIRI, 2 Mei: Penganjur acara seperti pesta makanan dan pesta tani diingatkan agar memohon permit sah daripada Majlis Bandaraya Miri (MBM) sekurang-kurangnya 30 hari sebelum beroperasi.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, meskipun MBM mengamalkan dasar terbuka dalam membenarkan penganjuran pelbagai acara komuniti, pematuhan terhadap syarat dan peraturan majlis tetap menjadi syarat utama.

“Selagi penganjur mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan majlis, kita akan keluarkan permit. Tetapi jika mereka meneruskan acara tanpa permit, penguat kuasa kita akan ambil tindakan,” katanya ketika ditemui media semasa sesi Meet the People di Pasar Taman Tunku di sini, hari ini.

Menurutnya, menjalankan pesta tanpa lesen sah merupakan satu kesalahan di bawah Ordinan Hiburan 2000 dan Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam 1999 yang membawa hukuman berat.

“Di bawah Entertainment Ordinance 2000, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM20,000, dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali. Manakala di bawah Protection of Public Health Ordinance 1999, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000, penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya,” ujarnya.

MBM turut memberi amaran kepada peniaga supaya memastikan acara yang disertai mempunyai lesen sah kerana barangan mereka boleh disita jika terlibat dalam acara tanpa permit.

Pemeriksaan kesihatan terhadap pekerja serta pematuhan aspek keselamatan dan struktur juga akan terus dikuatkuasakan.

“Vendor yang menyertai acara tidak berlesen menanggung risiko sendiri dan tidak boleh menuntut ganti rugi atas kerugian termasuk penyitaan oleh penguat kuasa MBM,” jelasnya.

Adam Yii turut menjelaskan MBM tidak bercadang untuk mengehadkan jumlah acara seperti pesta makanan dan pesta tani namun menyerahkan kepada mekanisme pasaran untuk menentukan keberkesanan dan kelangsungan acara tersebut.

Beliau berharap orang ramai dan penganjur dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak majlis dan mematuhi segala peraturan sedia ada bagi memastikan keselamatan serta kebajikan pengunjung dan peserta acara terpelihara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan